Life Update

Assalamualaikum, 

Terima kasih kerana berminat untuk tahu kemaskini kehidupan aku. 
Pertama sekali wow anda masih baca blog ya pada tahun 2019? *glap*
Baiklah, sejak blog ini dimulakan pada tahun 2009, dah bermacam-macam
entry aku publish tapi usia mematangkan kita (Ceh padehal malu dulu menulis 
pasal pakwe je) aku ambil keputusan untuk bersihkan blog ni dari post
post yang tidak matang. 

Tapi, kekangan masa dan sosial media lebih mudah digunakan. Aku mula
lupakan blog ini. Tapi memandangkan aku banyak idea dan cerita nak dikongsi,
slowly aku cuba untuk berblog semula. Mungkin kurang dari segi post tapi aku
dah mula baca blog semula. 

2014, Sebaik sahaja aku graduate dari Unisel, Shah Alam. Aku jadi wartawan sambilan
sekejap dekat Berita Harian, Seremban. yang sebelah Palm Mall tu. Tapi, masa tu susah
juga untuk kerja sebagai stringer sebab tak ada pendapatan yang tetap. Jadi, March 2014 aku mula kerja di Samsung Service Center, Terminal One, Seremban sebagai customer service.

August 2015, aku terima tawaran untuk sambung belajar dekat UPM, Serdang dalam bidang Bacelor Komunikasi. Mula-mula tu aku sedih lah sebab aku kan nak UiTM tapi tak ada rezeki. Tapi tu lah, tak suka tak suka pun aku dah habis belajar dekat UPM tu Hehe Inshaallah naik pentas lah Oktober 2019 ni. 

Pekerjaan, buat masa sekarang ni (Januari 2019) aku masih tidak ada pekerjaan. 
Aku baru je habiskan latihan industri aku dan masih mencari kerja. 
Setakat ni pun baru satu interview yang aku dah pergi dekat RTM, tapi masih tiada jawapan. 
Status pula, Alhamdulillah masih bujang. Haha. 

Itu je kot? 

Ini lah aku sekarang (tapi sebenarnya lebih gemuk sikit)

No comments: