Wednesday, April 12, 2017

Pelajar UPM usahakan Serdang Cendol berani ambil risiko ceburi bidang keusahawanan





       Sebut sahaja Serdang Cendol, pasti ramai yang tahu dan semakin dikenali ramai. Serdang Cendol yang diusahakan oleh pelajar tahun akhir jurusan Bacelor Kejuruteraan Biosistem dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Faris Jaafar terus mengorak kehadapan mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan.

     Beliau tidak menjadikan kesibukan sebagai  penghalang untuk beliau menceburkan diri dalam perniagaan cendolnya. Bergelar pelajar, atlet, dan usahawan dalam masa yang sama tidak pernah mematahkan semangat beliau, bahkan beliau seronok melalui pengalaman tersebut. Bagi beliau, pengalaman seperti ini tidak akan pernah diperolehi apabila beliau memasuki alam pekerjaan kelak.


    Tidak mahu terbelenggu dengan masalah kewangan sebagai pelajar, beliau cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Serdang Cendol mula diasaskan pada tahun 2014 dengan idea jualan air balang sahaja pada awalnya sebagai permualaan. Kekangan masa dan modal tidak pernah menjadi penghalang kepada Faris untuk mencuba nasib dalam bidang ini. Beliau bahkan menggunakan ilmu yang ada pada diri beliau untuk mencari penyelesaian kepada kekangan-kekangan tersebut. Beliau sendiri tidak menyangka percubaannya yang tidak pernah dirancang ini membuahkan hasil. Sambutan daripada pelanggan diterima dengan penuh rasa syukur oleh anak muda ini.
     Beliau melakukan pembaharuan dalam hidupnya dengan memulakan jualan cendol. Dengan adanya Serdang Cendol, usahawan muda ini tidak hanya dapat mencari duit poket tambahan malahan menyediakan peluang pekerjaan untuk pelajar UPM juga. Serdang Cendol kini mempunyai tiga cawangan sekitar dalam UPM dengan bilangan pekerja hampir 30 orang. Keinginan untuk mencari pengalaman turut menjadi pendorong kepada Faris untuk memulakan perniagaan ini.

    Serdang Cendol menyediakan variasi menu berasaskan cendol, antaranya cendol dengan tambahan jagung manis, kacang merah, pulut dan durian. Setakat ini, Serdang Cendol mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar kerana harganya yang berpatutan. Serdang Cendol tidak hanya menyediakan julaan secara runcit, malahan Serdang Cendol turut menyediakan perkhidmatan secara katering untuk majlis-majlis perkahwinan, akikah, perasmian dan sebagainya.
     Dengan purata pendapatan yang hampir mencecah 5 angka sebulan, Faris terus gagah melakar satu demi satu perancangan. Terbaru, beliau membuat kolaborasi dengan beberapa perancang perkahwinan dan katerer di sekitar Kuala Lumpur dan Setiawangsa bagi memasarkan Serdang Cendol melalui pakej katering yang disediakan.


Oleh: Siti Hajar Afiqah Muhamad / sitihajarafiqahmhmd@gmail.com

Monday, February 17, 2014

Status: Graduated.

Assalamualaikum wahai dunia blogger yang telah lama
ku pinggirkan. jadi lepas result last semester dah keluar,
secara resminya aku dah grad ! dengan kadar GPA
dan CGPA yang boleh lah boleh nak bangga sikit
sebagai budak pemalas masa sem satu dulu.
Masa sem satu je okay :P

Jadi, jangan ingat dah habis diploma hidup kau senang!
ini baru first step tau baru kau tahu masa ni langit
tinggi ke rendah. Naik melecet kaki aku cari kerja
bukannya ramai nak fresh graduate yang tak ada
pengalaman macam aku ni. dua orang geng aku dah
dapat kerja. 

Tak besar mana pun malaysia ni bila uqbah dapat
kerja dekat senawang. haha kat sini aje rezeki kau
bah. fira kerja dekat damansara tak silap. happy
untuk kawan-kawan tapi dalam masa yang sama 
risau. aku bila lagi?

Doakan lah aku ni cepat cepat dapat kerja. Dah penat
nak tanam anggur yang tak berbuah-buah dekat rumah.
Aku doakan jugak supaya semua kawan2 Unisel yang 
tengah berusaha cari kerja tu dapat kerja cepat-cepat.
Jumpa masa convo nanti korang!